1.         TUJUAN

Garis Panduan Pelantikan Penolong Penyelidik ini adalah untuk diterimapakai dalam urusan pelantikan bagi perkhidmatan tersebut di Pusat Tanggungjawab (PTj) di Universiti Malaya.

2.         TAKRIF 

Merujuk kepada individu yang dilantik secara rasmi bagi  membantu dalam projek penyelidikan yang didaftarkan dengan Institut Pengurusan dan Perkhidmatan Penyelidikan (IPPP) (warganegara dan bukan warganegara) seperti membantu dalam menjalankan penyelidikan, pencarian maklumat penyelidikan, tinjauan literature, pengumpulan data, mengurus peralatan penyelidikan dan urusan-urusan lain yang berkaitan dengan penyelidikan.            

3.     TARAF LANTIKAN 
Semua pelantikan adalah bertaraf kontrak. 

4.     PELANTIKAN
 Tempoh pelantikan bagi Penolong Penyelidik adalah seperti berikut:

4.1        Tempoh minimum pelantikan bagi calon warganegara Malaysia dan bukan warganegara Malaysia hendaklah sekurang-kurangnya empat (4) bulan.       

4.2       Tarikh tamat pelantikan adalah tertakluk kepada tarikh tamat geran penyelidikan. Bagi calon bukan warganegara Malaysia, tarikh tamat pelantikan juga tertakluk kepada tarikh tamat visa (yang mana lebih awal).

5.         PELANJUTAN           

Pelanjutan tempoh pelantikan Penolong Penyelidik boleh dipertimbangkan tertakluk kepada:

5.1    Permohonan pelanjutan kontrak hendaklah dimulakan sekurang-kurangnya DUA (2) bulan sebelum tarikh tamat kontrak melalui sistem permohonan. Ini adalah untuk mengelakkan kelewatan dalam pembayaran gaji.

5.2    Ketua Penyelidik hendaklah mengemukakan dan mengesahkan rekod kehadiran dalam sistem e-attandance.

5.3 Tempoh maksimum pelanjutan bagi calon warganegara Malaysia dan bukan warganegara adalah tidak melebihi 12 bulan pada satu-satu masa.

5.4    Prestasi perkhidmatan adalah memuaskan dan diperakukan oleh Ketua Penyelidik untuk menyambung perkhidmatan Penolong Penyelidik. 

6.          KOS OPERASI


Ketua Penyelidik adalah bertanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan kos operasi bagi pelantikan calon adalah mencukupi. Bagi memastikan pengurusan penyelidikan yang efektif, Ketua Penyelidik diminta untuk membuat pengiraan yang tepat bagi penggajian Penolong Penyelidik.

7.       PROSEDUR PELANTIKAN

Permohonan untuk melantik calon hendaklah dikemukakan oleh Ketua Penyelidik melalui sistem atas talian UMPortal, Research Assistant Recruitment System (RARS). Pemprosesan dan kelulusan akan dijalankan secara atas talian. 

     RA Flow 


CONTACT US:

Associate Vice Chancellor (Research & Innovation)  Office,
Level 7, Kompleks Pengurusan Penyelidikan & Inovasi
University of Malaya
50603 Kuala Lumpur
MALAYSIA

: +603-7967 4525/4643
: +603-7967 4699
pen_ippp@um.edu.my

FileTypeSizeUploaded onDownload
Announcement for Salary Payment 2019PDF249.28 KB28 Dec, 2017 Download
RA Guidelines(Malay Version)PDF233.98 KB23 Dec, 2016 Download
Research Assistant Form(Non Malaysian)PDF265.06 KB23 Dec, 2016 Download
Permission to Travel Form for Research Assistant PDF48.05 KB23 Dec, 2016 Download
Research Assistant Form (Malaysian)PDF261.46 KB23 Dec, 2016 Download
Last Update: July 17, 2019