corporate@um.edu.my +603-7967 7022               

ATLET PARALIMPIK CATUR NEGARA, LIM YEE JIN MULA MENDAFTAR DI UNIVERSITI MALAYA

Atlet paralimpik catur negara, Lim Yee Jin mula mendaftar sebagai mahasiswi Universiti Malaya dalam jurusan Sarjana Muda Pengajian Cina, Fakulti Sastera dan Sains Sosial.

“Saya sangat gembira kerana Universiti Malaya merupakan pilihan pertama saya dan ianya diluar jangkaan saya untuk berada disini, hari ini. Saya bercita-cita untuk mewakili Universiti Malaya ke peringkat dunia dalam sukan catur.

Ibunya Tan Mei Ling yang berasal dari Johor berpesan kepada anaknya untuk menjaga diri dan berharap untuk lebih berdisiplin dan menjaga keselamatan dan kesihatannya.

Menurut Puan Rozitah Md Amin, Pengarah Eksekutif Jabatan Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Universiti Malaya Week of Welcome (UM-WOW) Sesi 2023/2024, proses pendaftaran melibatkan dua check point iaitu di Padang Kawad PALAPES bagi pengesahan pendaftaran kolej kediaman dan seterusnya pelajar-pelajar akan menaiki bas menuju ke kolej kediaman mereka.

“Pihak Universiti Malaya juga telah membuat persiapan tambahan pada musim hujan seperti menyediakan khemah-khemah besar dan ruang menunggu yang lebih banyak. Program ini dibantu oleh seramai 366 Pemudahcara Mahasiswa, dan mendapat kerjasama pelbagai jabatan di UM yang telah bersiap sedia menggembeling tenaga bagi memberikan perkhidmatan cemerlang untuk memastikan proses pendaftaran pelajar berjalan dengan lancar" katanya.

Last Update: Jan 02, 2024