corporate@um.edu.my +603-7967 7022               

ENGINEERING EXPERTS UM AND JKR SHARE EXPERTISE TO IMPROVE THE MALAYSIA'S PUBLIC INFRASTRUCTURE

 

Universiti Malaya through the Faculty of Engineering shares expertise in the field of civil engineering with the Civil & Structural Engineering Branch, Malaysian Public Works Department (JKR) to improve the country's public infrastructure.

The sharing of expertise through the Memorandum of Understanding (MoU) was signed by the Vice Chancellor of the Universiti Malaya, Professor Dato' Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor and Deputy director-general (Infra Sector) of the Public Works Department, Datuk Ir. Ahmad Redza Ghulam Rasool.

According to Professor Dato Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor, through this MoU, it will enable both parties to mutually gain advantages, particularly by engaging in consulting projects, conducting research, and coordinating seminars and professional training programs.

"Universiti Malaya always emphasizes the importance of collaboration between universities and industry. Academics as well as industry partners can improve and advance the level of technology, especially in the field of component design and building structure connections that take into account seismic loads, rehabilitation and conservation of structures and Building Information Modeling (BIM).

"In line with its mission, Universiti Malaya always emphasizes the importance of collaboration between the university and industry. This MoU will give Universiti Malaya and JKR a platform to continue working together for the benefit of the global community," he said.

The MoU is the result of discussions that began in September 2022 between the Department of Civil Engineering (JKA), Faculty of Engineering Universiti Malaya and Civil & Structural Engineering Branch, Malaysian Public Works Department (JKR).

This signing session was also witnessed by the Senior Director, JKR, Ir. Noreha Nordin represented JKR Malaysia and the Dean of the Faculty of Engineering, Universiti Malaya, Professor Ir. Dr. Kaharudin Dimyati. This ceremony was also attended by approximately 40 senior officials from JKR and Universiti Malaya.

____________________________________________________________________________________________________________

PAKAR KEJURUTERAAN UM DAN JKR BERKONGSI KEPAKARAN BAGI MENAMBAHBAIK INFRASTUKTUR AWAM NEGARA

Universiti Malaya melalui Fakulti Kejuruteraan berkongsi kepakaran dalam bidang kejuruteraan awam dengan Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur (CKAS) Jabatan Kerja Raya bagi menambahbaik infrastruktur awam negara.

Perkongsian kepakaran melalui Memorandum Persefahaman (MoU) tersebut ditandatangani oleh Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor Dato’ Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor dan Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Ir. Ahmad Redza Ghulam Rasool.

Menurut Profesor Dato Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor dalam ucapannya, menerusi MoU ini, kedua-dua pihak akan meraih manfaat bersama khususnya dari segi penglibatan dalam kerja-kerja perundingan, penyelidikan dan penganjuran seminar serta latihan profesional.

“Universiti Malaya sentiasa menekankan kepentingan kolaborasi antara universiti dan industri. Para akademik serta rakan kongsi industri boleh meningkatkan dan memajukan taraf teknologi khususnya dalam bidang reka bentuk komponen dan sambungan struktur bangunan yang mengambil kira beban seismik, rehabilitasi dan konservasi struktur dan Building Information Modelling (BIM).

“Selari dengan misinya, UM sentiasa menekankan kepentingan kolaborasi antara universiti dan industri. MoU ini bakal memberikan Universiti Malaya dan JKR sebuah platform untuk terus bekerjasama demi kepentingan masyarakat sejagat,” katanya.

MoU tersebut adalah hasil daripada perbincangan yang bermula sejak September 2022 antara Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA), Fakulti Kejuruteraan dari UM dan Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur (CKAS) dari JKR.

Sesi tandatangan ini turut disaksikan oleh Pengarah Kanan, CKAS, Ir. Noreha binti Nordin mewakili JKR Malaysia dan Dekan Fakulti Kejuruteraan, UM, Prof. Ir. Dr. Kaharudin bin Dimyati mewakili UM. Majlis ini turut dihadiri seramai lebih kurang 40 orang pegawai kanan dari JKR dan UM.

Last Update: Jan 02, 2024