Professor Dato' Dr. Azizan Abu Samah, a national geographer and meteorologist at Universiti Malaya, was awarded the title of Professor Emeritus during the 63rd Universiti Malaya Convocation Ceremony held today.
Dato' Dr. Azizan received this prestigious title in recognition of his expertise in weather studies, climate change, and Antarctica. He is an active researcher and mentor to multiple generations of geographers in the country.
Expressing gratitude for the award, Dato' Dr. Azizan stated, "I greatly appreciate this recognition from the University. Universiti Malaya is a part of my life, my second home."
"As a researcher, conducting research is ingrained in my soul, and I will continue my work in the field of climate and extreme weather. Universiti Malaya has provided the best platform for me in the field of geology," he added.
Dato' Dr. Azizan also had a message for graduates: "Don't be afraid to dream big. The world is our stage, and I encourage you to follow in the footsteps of university alumni who have made a name for themselves nationally and globally."
Currently serving as a senior research fellow at the Institute of Ocean and Earth Sciences, Dato' Dr. Azizan has authored numerous articles published in high-impact journals such as Ocean Dynamics, the International Journal of Climate, and the Journal of Geophysical Research (Atmosphere).
A Fellow of the Malaysian Academy of Sciences and the Royal Meteorological Society (UK), Dato' Dr. Azizan is recognized as an expert by the Ministry of Science, Technology, and Innovation, Malaysia, particularly in the areas of haze and climate change. He played a crucial role as an advisor in the development of the Malaysian Polar Policy and the Antarctic Act. Additionally, he served as a Referral Expert to the Ministry of Education, Malaysia, contributing to curriculum formulation and the writing of geography textbooks.
Leading the National Antarctic Research Center, Dato' Dr. Azizan champions and defends Malaysia's interests in the new continent, which holds the highest value. In recognition of his significant contributions, he was honored with the National Antarctic Figure award. Furthermore, he serves as the Deputy President of the Scientific Committee on Antarctic Research (SCAR) and is a member of the Steering Committee of Asia Pacific Rim University - World Institute Pacific Rim Cities Climate Change Mitigation and Adaptation Strategies (APRU-CMAS). He also serves as a Member of the International Scientific Advisory Committee of the Asian Network on Climate Science and Technology (ANCST).
The opening session of the 63rd Convocation yesterday was declared by His Royal Highness, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, the Chancellor of Universiti Malaya. Universiti Malaya this year celebrated 8,326 graduates in the 63rd Convocation Ceremony in 15 sessions from 25th November to 2nd December, 2023.
PAKAR METEOROLOGI UM DIANUGERAHKAN GELARAN PROFESOR EMERITUS
Profesor Dato’ Dr. Azizan Abu Samah, tokoh geografi negara dan pakar meteorologi Universiti Malaya dianugerahkan gelaran Profesor Emeritus di Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya Ke-63, hari ini.
Dato’ Dr. Azizan dianugerahkan gelaran Profesor Emeritus atas kepakaran beliau dalam bidang kaji cuaca, perubahan iklim dan antartika, beliau juga merupakan seorang penyelidik yang aktif dan merupakan mentor kepada beberapa generasi ahli Geografi di negara ini.
Dato’ Dr. Azizan berkata, beliau amat menghargai anugerah ini kerana ianya merupakan satu penghargaan dari Universiti dan Universiti Malaya merupakan sebahagian kehidupan beliau dimana dianggap sebagai rumah kedua beliau.
“Sebagai seorang penyelidik, kerja-kerja penyelidikan merupakan sebahagian dari jiwa saya dan saya akan meneruskan kerja-kerja penyelidikan dalam bidang iklim dan juga cuaca ekstrem. Universiti Malaya telah menyediakan platform terbaik kepada saya dalam bidang geologi ini,” katanya.
Dato’ Dr. Azizan juga sempat menitipkan pesanan buat graduan-graduan di luar sana, “Jangan takut mimpi yang tinggi, think big kerana dunia adalah halaman kita, dunia adalah pentas dan ikutilah jejak alumni universiti yang telah menempah nama di peringkat negara dan juga global.”
Beliau merupakan merupakan felo penyelidik kanan di Institut Sains Samudera dan Bumi. Dato’ Dr. Azizan telah menghasilkan banyak penulisan yang diterbitkan dalam jurnal berimpak tinggi seperti Ocean Dynamics, International Journal of Climate and Journal of Geophysical Research (Atmosphere).
Beliau merupakan Felo Akademi Sains Malaysia and the Royal Meteorological Society, UK. Dato’ Dr. Azizan merupakan pakar rujuk kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Malaysia khususnya dalam isu jerebu dan perubahan iklim. Beliau terlibat sebagai Penasihat dalam penyediaan Dasar Polar Malaysia dan Akta Antartika. Beliau juga berkhidmat sebagai Pakar Rujuk Kementerian Pendidikan, Malaysia untuk penggubalan kurikulum serta penulisan buku teks Geografi.
Dato’ Dr. Azizan menerajui Pusat Penyelidikan Antartika Kebangsaan yang memperjuangkan dan mempertahankan kepentingan Malaysia di Benua baru yang mempunyai nilai yang amat tertinggi. Atas sumbangan beliau yang amat bermakna itu, beliau dianugerahkan Tokoh Antartika Kebangsaan. Beliau juga merupakan Timbalan Presiden the Scientific Committee on Antarctic Research (SCAR), Ahli Jawatankuasa Pemandu Asia Pacific Rim University – World Institute Pacific Rim Cities Climate Change Mitigation and Adaptation Strategies (APRU-CMAS) serta merupakan Ahli International Scientific Advisory Committee of Asian Network on Climate Science and Technology (ANCST).
Gelaran tersebut dianugerahkan oleh Pro-Canselor Universiti Malaya, Tan Sri Dato’ Seri DiRaja Ramli Ngah Talib . Pembukaan sidang pertama Istiadat Konvokesyen Ke-63 diisytiharkan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Canselor, Universiti Malaya. Universiti Malaya pada tahun ini meraikan 8,326 graduan dalam Istiadat Konvokesyen Ke-63 dalam 15 sidang bermula 25 November hingga 2 Disember 2023.