Universiti Malaya (UM) melalui Pusat Jalinan Masyarakat (UMCares) kini giat meluaskan pelaksanaan program khidmat komuniti ke seluruh negara dengan sasaran 222 kawasan Parlimen. Sebagai langkah permulaan, Parlimen Taiping menjadi kawasan perintis dan dipilih sebagai Kampung Angkat UM.
Inisiatif sulung ini yang direalisasikan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Taiping (MPT), menerusi Majlis Pelancaran UMCares@Taiping. Taiping dipilih sebagai lokasi perintis kerana nilai sejarahnya yang kaya serta potensinya dalam pembangunan mampan.
Kejayaan pelaksanaan inisiatif ini di Taiping dijangka menjadi model rujukan bagi pelaksanaan aktiviti libatsama komuniti di kawasan-kawasan Parlimen lain di seluruh negara. Ia sekali gus memperkukuh peranan Universiti Malaya sebagai rakan strategik dalam pembangunan negara secara holistik dan bersepadu. Antara projek yang akan berjalan di Taiping adalah :
Projek Pembangunan Kaki Bukit Larut - Profesor Madya Dr. Nazli Bin Che Din
Projek One Million Trees Programme - Dr. Sarah Abd Razak
Projek Financial Empowerment For Rural B40 Entrepreneurs - Dr. Norazlin Binti Ab Aziz
Projek Tangan Kecil Menjelajah Dunia: Orkid, Bahasa & Harapan - Dr. Rozita Che Omar
Projek Kampungxpress - Dr Ima Liana Binti Esa
Projek Hentian Komuniti 3.0 - Pemerkasaan Warga Emas Sebagai Old Timer’s Taiping (Ott) Dan Hentian Komuniti Mobile Apps - Dr. Yong 'Adilah Shamsul Harumain
Projek Inisiatif Lestari Komuniti: Pemulihan Tapak Sampah Haram Melalui Pendekatan Teknologi Hijau - Dr. Mohamad Sofian Abu Talip
Projek Surface Water Assessment, Eutrophication treatment, And Monitoring Of The Water Bodies In Taiping Zoo, Taiping, Perak. - Dr. Fathiah Binti Mohamed Zuki
Projek Investigating Behavioral Ecology And Welfare Assessment Of Iconic Large Mammals In Captive Environments: A Case Study At Taiping Zoo, Perak - Ts. Dr. Noorhidayah Mamat.