corporate@um.edu.my                   

UM ENDANGERED LANGUAGE RESEARCH EXPERT AWARDED UM ACADEMIC ICON BY SULTAN NAZRIN

Professor Dr Stefanie Shamila Pillai, FASc, from the Department of English, Faculty of Languages and Linguistics, Universiti Malaya (UM), was named the recipient of the UM Academic Icon Award in conjunction with the Universiti Malaya Excellence Awards (ACUM), presented by the Chancellor, His Royal Highness Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, the Sultan of Perak Darul Ridzuan.

Professor Dr Stefanie is the first Malaysian to successfully document and archive the endangered Melaka Portuguese Creole language through the Endangered Languages Archive (Endangered Languages Documentation Programme). Her efforts have not only strengthened academic publications and intellectual property output but also fostered collaboration with the language community on projects such as the development of a mobile dictionary and various knowledge-sharing initiatives to preserve this heritage language. This prestigious award recognises her outstanding contributions to the field of Malaysian English varieties and the preservation of heritage languages, particularly through the documentation of endangered languages in Malaysia.

In his speech, Vice-Chancellor Professor Dato’ Seri Ir. Dr Noor Azuan Abu Osman stated that the UM Excellence Awards ceremony is the highest form of appreciation from the University to its members who have demonstrated exceptional achievements in their respective fields. The individual and collective excellence celebrated today also directly contributes to enhancing Universiti Malaya's international reputation.

“UM has exceeded its target by securing RM163.37 million in grants in 2024, an increase of 42% compared to the previous year. This rise reflects the confidence of various parties in the capabilities of UM’s researchers and the strength of a research ecosystem that continues to grow sustainably and with impact.”

“These research contributions are reflected in the production of 4,325 publications in 2024, marking a 15% increase compared to 3,749 publications in 2023.”

“UM now has five High Impact Research Centres of Excellence (HICoE), including NANOCAT, which is internationally recognised in the field of nanotechnology. Meanwhile, the Universiti Malaya Medical Centre (PPUM) has set a new benchmark in the medical field with the adoption of the da Vinci Xi robotic surgery technology. This technology not only enhances treatment precision and speeds up recovery but is also utilised in training across eight surgical disciplines at UM,” he said.

Professor Noor Azuan further emphasised that UM is not only a research university but also a leader in strategic solutions that have national and global impact. The recipients of the Universiti Malaya Excellence Awards are key contributors to this narrative — individuals whose courage, perseverance, and aspirations shape the proud identity of UM today.


----------------------------------------------------------------------------

PAKAR KAJIAN BAHASA TERANCAM UM DIANUGERAHKAN TOKOH AKADEMIK UM OLEH SULTAN NAZRIN

Profesor Dr. Stefanie Shamila Pillai, FASc, dari Jabatan Bahasa Inggeris, Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya (UM) telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Akademik UM sempena Anugerah Cemerlang Universiti Malaya (ACUM) oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. 

Profesor Dr. Stefanie merupakan warga Malaysia pertama yang berjaya mendokumentasi dan mengarkibkan B```ahasa Portugis Melaka, sebuah bahasa terancam di Malaysia, melalui Endangered Languages Archive (Endangered Languages Documentation Programme). Usaha beliau bukan sahaja memperkukuh penerbitan akademik dan harta intelek, malah membuka peluang kerjasama dengan komuniti bahasa tersebut dalam projek pembangunan kamus mudah alih dan pelbagai inisiatif perkongsian ilmu bagi memelihara bahasa warisan itu. Anugerah berprestij ini mengiktiraf sumbangan luar biasa beliau dalam bidang Bahasa Inggeris variasi Malaysia dan pemeliharaan bahasa warisan, khususnya melalui usaha mendokumentasikan bahasa terancam di Malaysia.

Naib Canselor, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman dalam ucapannya berkata, majlis Anugerah Cemerlang ini merupakan manifestasi penghargaan tertinggi Universiti kepada warga yang telah menunjukkan pencapaian luar biasa dalam bidang masing-masing. Kecemerlangan individu dan kolektif yang diraikan hari ini turut menyumbang secara langsung kepada peningkatan reputasi Universiti Malaya di peringkat antarabangsa. 

“UM telah melangkaui sasaran dengan perolehan geran sebanyak RM163.37 juta pada tahun 2024, peningkatan sebanyak 42% berbanding tahun sebelumnya. Peningkatan ini mencerminkan keyakinan pelbagai pihak terhadap keupayaan penyelidik UM serta kekuatan ekosistem penyelidikan yang terus berkembang secara mampan dan berimpak. 

“Sumbangan penyelidikan ini diterjemahkan kepada penghasilan sebanyak empat ribu tiga ratus dua puluh lima (4325) penerbitan sepanjang tahun 2024 iaitu meningkat sebanyak 15% berbanding tiga ribu tujuh ratus empat puluh sembilan (3749) penerbitan bagi tahun 2023. 

“UM kini mempunyai lima pusat penyelidikan berstatus HICoE, termasuk NANOCAT yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dalam bidang nanoteknologi. PPUM pula mencipta penanda aras baharu dalam bidang perubatan apabila menggunakan teknologi pembedahan robotik da Vinci Xi. Teknologi ini bukan sahaja meningkatkan ketepatan rawatan dan mempercepat proses pemulihan, malah turut dimanfaatkan dalam latihan lapan disiplin pembedahan di UM,” katanya. 

Profesor Noor Azuan turut menambah bahawa UM tidak hanya berperanan sebagai universiti penyelidikan, tetapi juga sebagai peneraju penyelesaian strategik yang memberi impak kepada negara dan dunia. Dan hari ini, para penerima Anugerah Cemerlang Universiti Malaya merupakan antara penyumbang utama kepada naratif ini, dengan semangat keberanian, ketekunan dan aspirasi yang membentuk wajah UM yang dibanggakan bersama.



Last Update: Jul 24, 2025