Universiti Malaya (UM) baru-baru ini menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan harian dan kelengkapan persekolahan kepada 90 buah keluarga mangsa banjir di Kampung Acheh, Pekan, Pahang.
Sumbangan disampaikan oleh Profesor Datuk Dr. Rohana Yusof, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) dan Puan Haliza Harun, Bendahari UM dalam satu majlis yang berlangsung di Masjid Kampung Acheh, Pekan, Pahang.

Selain bantuan berbentuk barangan dan kelengkapan persekolahan, UM turut menghantar 120 sukarelawan yang terdiri daripada staf dan pelajar untuk membersihkan Sekolah Kebangsaan Kampung Acheh yang turut terjejas akibat banjir.
Kumpulan sukarelawan UM yang berkampung selama 3 hari di Pekan turut membersihkan Sekolah Kebangsaan Temai.
Bantuan yang dihulurkan ini merupakan satu tanggungjawab sosial UM bagi meringankan beban yang dihadapi mangsa banjir.







