UMCAS ANJUR PERSIDANGAN ANTARABANGSA BAGI MEMBINCANGKAN HALA TUJU PENGGUNAAN KANABIS BAGI TUJUAN PERUBATAN
Universiti Malaya Centre for Addiction Science Studies’ atau Pusat Penyelidikan Sains Ketagihan Universiti Malaya menganjurkan satu persidangan ‘International Conference on Medicinal Herbs & Addiction Treatment 2022 (ICMHAT 2022) atau Persidangan Antarabangsa Herba Perubatan & Rawatan Ketagihan 2022.
Persidangan ini bertujuan menyediakan platform untuk perbincangan mengenai deraf penyelidikan, praktis klinikal, hala tuju ‘framework’ tentang penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan dan industri di Malaysia dalam masa terdekat. Rentetan daripada lawatan YB Khairy Jamaludin ke Thailand baru-baru ini, dan penubuhan jawatankuasa kabinet bagi melihat fungsi penggunaan kanabis dan ketum bagi kegunaan perubatan dan industri bagi negara baru-baru ini. Persidangan ini yang dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Profesor Ir. Dr. Shaliza Ibrahim dan ucaptama disampaikan oleh YBhg. Dr Hj Mohd Tahir Bin Aris, Pengarah Institut Penyelidikan Perubatan IMR.
Profesor Ir. Dr. Shaliza Ibrahim berkata persidangan ini diharapkan dapat mencapai objektifnya iaitu, membantu negara membina deraf hala tuju dan ‘framework’ bagi membolehkan kajian dan penggunaan produk kanabis dapat diklasifikasikan di Malaysia dengan selamat dan berkesan.
“Sehingga kini, ramai pesakit menggunakan produk kanabis secara haram, sama ada dibeli secara ‘underground’ atau terpaksa ke negara jiran seperti Thailand antaranya dan kelangsungan yang sudah dibenarkan produk kanabis dijual kepada pesakit-pesakit yang memerlukan dan kebanyakan mereka membeli dengan harga yang mahal kerana sangat susah untuk mendapatkannya di Malaysia.
“Sebagai contoh Cannobidol (CBD) sudah ada diluluskan oleh FDA USA untuk rawatan epilepsy yang teruk yang harganya mencecah puluhan ribu ringgit untuk sebulan kegunaan. Oleh itu, mereka terpaksa membeli ubat CBD yang dijual secara underground di Malaysia tetapi mestilah mahal jika dibandingkan dengan ubat-ubatan lain yang sedia ada. Oleh itu, sudah sampai masanya, negara kita membangunkan penyelidikan supaya ubat berasaskan kenabis ini dapat digunakan dan mungkin dilaksanakan sendiri di Malaysia di samping meningkatkan ekonomi negara sebagai pengeluar utama ubat – ubatan berasaskan kanabis.
“Kenabis dikatakan boleh digunakan bagi rawatan penyakit-penyakit seperti sawan, autisma, penahan sakit kronik, anti-kemurungan dan kegelisahan, anti-psikotik, rawatan dementia dan saraf. Produk kanabis pernah dipasarkan di Malaysia iaitu Sativa X untuk penyakit multiple sclerosis tetapi dikeluarkan oleh biro farmasautikal kerana kurang mendapat respon pasaran,” katanya.
Malaysia pernah mengeluarkan kegunaan ubat methadone yang juga pada suatu Ketika dibawah DDA 1952, bagi merawat penagihan heroin dan menangani HIV/AIDS dikalangan penagih yang berkongsi jarum suntikan. HIV dikalangan penagih telah menurun dari 80% kepada hanya 3% (2015). Pada masa sama, kes HIV menurun sangat signifikan di mana Malaysia mendapat pengiktirafan WHO dalam hal menurunkan penularan HIV di kalangan penagih pada 2013.