corporate@um.edu.my +603-7967 7022               

UNIVERSITI MALAYA WELCOME 5,000 FRESHIES THIS WEEK

Universiti Malaya (UM) welcomes the attendance of more than 5,000 new students for the 2022/2023 registration session.

According to Dr. Iskandar Abdullah, Chairman of the Universiti Malaya Week of Welcome (UM-WOW) 2022/2023 Executive Committee and also the Director of the Graduate Employability and Career Center of Universiti Malaya, student registration for the residential college is held today and also tomorrow where today, a total of 1,800 students began registering and over 3,000 students will register on Sunday.

"The University is also making additional preparations this rainy season in terms of providing more tents and waiting rooms and assigning support staff, security officers and student assistants to make sure the student registration process going smoothly” he said.

Muhammad Ielhan Mohd Nujhan, a student majoring in medicine, Faculty of Medicine said he was a bit nervous today and hoped the registration process for the residential college would go smoothly.

"I prepared mentally and physically to continue my studies at the Universiti Malaya, and with the motivation of both my parents to finish my studies and graduate as a medical officer," he said.

"I aspire to become a science teacher and am very grateful to be able to continue my studies at the Universiti Malaya, said Sridaran who is from Melaka.

According to Faculty of Law’s student, Kasih Seri Nurnilam Sari from Penang, she is very happy to be able to continue her studies at the Faculty of Law which has produced great alumni.

"I hope to learn a lot and definitely become an excellent student and then be able to graduate and become a lawyer," she added.

"I chose Universiti Malaya because of the big campus in the middle of Kuala Lumpur," joked Song Huimin, a student majoring in Computer Science and Information Technology when interviewed during the UM-WOW week today.

Among the parents who were interviewed during the registration day, Mr. Ragunathan Jayaraman who hails from Klang, Selangor. He was very proud that his daughter was able to continue her studies in the major of her dreams.

"Since I was little, I took my daughter to Universiti Malaya, now, I succeeded and finished sending my daughter here. It's like a dream come true," he said.

-----

UNIVERSITI MALAYA SAMBUT 5,000 PELAJAR BARU MINGGU INI

Universiti Malaya (UM) menyambut kehadiran seramai lebih 5,000 orang mahasiswa baru bagi sesi pendaftaran 2022/2023.

Menurut Dr. Iskandar Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Universiti Malaya Week of Welcome (UM-WOW) 2022/2023 dan juga Pengarah Pusat Kebolehpasaran Graduan dan Kerjaya Universiti Malaya, pendaftaran pelajar ke kolej kediaman diadakan pada hari ini dan juga esok di mana hari ini, seramai 1,800 pelajar mula mendaftar dan lebih 3,000 pelajar yang akan mendaftar pada hari ahad.

“Pihak Universiti Malaya juga membuat persiapan tambahan pada musim hujan ini dari segi menyediakan khemah-khemah dan ruang-ruang menunggu yang lebih banyak dan menugaskan staf-staf sokongan, polis bantuan dan pembantu mahasiswa bagi melancarkan proses pendaftaran pelajar seterusnya ke kolej kediaman masing-masing,” katanya.

Muhammad Ielhan Mohd Nujhan pelajar jurusan perubatan, Fakulti Perubatan berkata beliau agak gementar pada hari ini dan berharap proses pendaftaran ke kolej kediaman berjalan dengan lancar.

“Saya membuat persediaan dari segi mental dan fizikal bagi menyambung pelajaran ke Universiti Malaya, dan dengan berbekalkan motivasi dari kedua ibu bapa saya untuk menamatkan pelajaran dan bergraduasi sebagai seorang pegawai perubatan,” katanya.

“Saya bercita-cita untuk menjadi seorang guru sains dan sangat bersyukur dapat menyambung pelajaran ke Universiti Malaya, kata Sridaran yang berasal dari Melaka.

Menurut bakal peguam, Kasih Seri Nurnilam Sari dari Pulau Pinang, beliau sangat gembira dapat melanjutkan pelajaran ke Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya yang telah melahirkan alumni-alumni hebat.

“Saya berharap dapat belajar banyak ilmu baru dan semestinya menjadi pelajar cemerlang dan seterusnya dapat bergraduasi dan menjadi seorang peguam,” tambahnya lagi.

“Saya memilih Universiti Malaya kerana kampus besar di tengah-tengah Kuala Lumpur,” seloroh Song Huimin, pelajar jurusan Sains Komputer dan Teknologi Maklumat ketika ditemu bual semasa sesi pendaftaran pada hari ini.

Antara ibu bapa yang sempat di temu bual semasa hari pendaftaran tersebut, Encik Ragunathan Jayaraman yang berasal dari Klang, Selangor. Beliau sangat berbangga kerana anak perempuan beliau dapat melanjutkan pelajaran dalam jurusan yang diimpikan.

“Dari kecil saya bawa anak perempuan saya ke Universiti Malaya, kini, saya berjaya dan selesai menghantar anak saya ke sini. It’s like a dream came true,” katanya.

Gambar oleh : Mohd Fazli Zainordin & Mohd Fadhli Yong /CCC

Last Update: Dec 29, 2022