corporate@um.edu.my +603-7967 7022               

2,737 NEW STUDENTS BEGAN REGISTERING FOR FOUNDATION STUDIES IN SCIENCES UM

A total of 2,737 new students began registering for the Basic Life/Physical Sciences, Social Sciences, Islamic Studies and Science at Universiti Malaya for the 2023/2024 session, here, today.

According to the Deputy Vice Chancellor (Student Affairs), Professor Dr. Sabri Musa, today's registration took place at the Universiti Malaya with the cooperation of 280 staff and 170 student volunteers.

"As of today, the registration process is going smoothly and I hope the weather is on our side. My message to new students and parents, congratulations for getting the opportunity to continue studying at Universiti Malaya where places are quite difficult and limited, I represent the management of Universiti Malaya will ensure that students are comfortable to live life on campus.

"Week of Welcome will start tomorrow until this Friday. They will attend a briefing session at Dewan Tunku Canselor for an introduction session related to academics, student affairs and will also be taken to visit lecture rooms and around the Centre for Foundation Studies in Science," he said.

According to Ilhan Azeemi Mohd Rais, 18, he was a bit nervous because this was his first time experiencing life in a dormitory.

"Even though it's not far from home, the fun and excitement is still there," he said.

Andreana Estelle Colline, who is from Kuching, Sarawak said she arrived in Kuala Lumpur three days ago to prepare to register at the Universiti Malaya. His mother is also an alumni of Universiti Malaya and said she hopes her daughter can adapt to the campus life like her and also for the students who registered today continue to succeed and continue to achieve excellence at Universiti Malaya.

Ain Nabihah Masuki, 18, from Kemaman, Terengganu felt melancholy because this was her first experience staying at a hostel.

"I hope that I can survive life on campus until I can continue my Bachelor's Degree at the Universiti Malaya in accounting," she explained.

Parents who were also present for the registration session today, Dr Nazrul Anuar Nayan, senior lecturer from UKM, said he was very proud of his son Wan Muhammad Haziq bin Nazrul Anuar being able to continue his legacy at the Universiti Malaya.

"I hope my son can become an excellent student in his studies as I dreamed 31 years ago at the Universiti Malaya.

His son, Wan Muhammad Haziq said he wanted to feel and go through the same experience as his father while continuing his studies at Universiti Malaya.

------

2,737 PELAJAR BAHARU ASASI SAINS UM SESI 2023/2024

 

Seramai 2,737 pelajar baharu sesi 2023/2024 bagi program-program Asasi Sains aliran Hayat/Fizikal, Sains Sosial, Asasi Pengajian Islam dan Sains (APIDS) mula mendaftar di Universiti Malaya, di sini, hari ini.

Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Profesor Dr. Sabri Musa, pendaftaran hari ini berlangsung di Universiti Malaya dengan kerjasama staf seramai 280 orang dan 170 pelajar sukarelawan.

“Proses pendaftaran pada hari ini berjalan lancar, terutamanya dengan bantuan staf dan sukarelawan yang bertugas dengan penuh dedikasi sejak awal pagi. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada para pelajar dan ibu bapa yang mendaftar pada hari ini. Mewakili pihak pengurusan Universiti Malaya, saya dan pasukan Hal Ehwal Pelajar akan memastikan pelajar-pelajar berasa selesa untuk menjalani kehidupan di kampus.

“Minggu Suai Kenal Pelajar akan bermula esok sehingga Jumaat. Mereka akan mengikuti sesi taklimat di Dewan Tunku Canselor bagi sesi perkenalan berkaitan akademik, hal ehwal pelajar, dan juga akan dibawa melawat ke bilik-bilik kuliah dan sekitar kawasan Pusat Asasi Sains,” katanya.

Menurut Ilhan Azeemi Mohd Rais, 18, pelajar Asasi Sains Sosial, beliau agak gemuruh kerana ini merupakan kali pertama beliau merasai kehidupan di asrama.

“Walaupun sebenarnya tidaklah jauh dari rumah dan keluarga, tapi keseronokan dan rasa gemuruh masih ada,” katanya.

Andreana Estelle Colline yang berasal dari Kuching, Sarawak berkata beliau telah sampai ke Kuala Lumpur tiga hari lepas bagi persiapan untuk mendaftar ke Universiti Malaya. Ibunya yang juga merupakan alumni Universiti Malaya berkata beliau berharap anaknya dapat menyesuaikan diri di kampus seperti beliau juga satu masa dahulu.

Ain Nabihah Masuki, 18, dari Kemaman, Terengganu berasa sayu kerana ini merupakan pengalaman pertamanya berjauhan dari keluarga dan menginap di asrama.

“Saya berharap saya boleh mengharungi kehidupan di kampus dengan penuh jaya, sehingga menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaya dalam bidang perakaunan,” jelasnya.

Ibu bapa yang turut hadir bagi sesi pendaftaran pada hari ini, Dr. Nazrul Anuar Nayan, profesor madya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, beliau sangat berbangga anaknya Wan Muhammad Haziq dapat menyambung legasi beliau di Universiti Malaya.

“Saya berharap anak saya dapat menjadi pelajar cemerlang dalam pelajarannya, seperti mana impian saya 31 tahun dahulu di Universiti Malaya.

Anaknya, Wan Muhammad Haziq pula berkata beliau ingin merasai dan melalui pengalaman yang sama seperti ayahnya sewaktu menyambung pelajaran di Universiti Malaya. 

Last Update: Jan 02, 2024