corporate@um.edu.my +603-7967 7022               

People@UM Noor Zarina Nayan

People@UM - Noor Zarina Nayan

“Saya memang sukakan haiwan. Jadi, apabila saya diberi peluang untuk memilih menjadi juruteknologi makmal perubatan yang bertanggungjawab ke atas haiwan ujikaji makmal, saya terus menerimanya,” kata wanita yang berasal dari Kuala Lumpur ini.

Beliau yang memulakan kerjayanya bersama Universiti Malaya sejurus menamatkan pengajian diploma di Universiti Teknologi MARA (UiTM), dalam tak diam sudah pun bertugas lebih 20 tahun! Antara lainnya, Puan Noor Zarina dan pasukannya membantu menyediakan tikus, mencit, arnab, tikus belanda (hamster), monyet dan lain-lain haiwan untuk pelbagai kegunaan penyelidikan.

Unit Haiwan Makmal yang sebelum ini terletak di Fakulti Perubatan, kini ditempatkan di dalam kawasan Ladang Mini Institut Sains Biologi (ISB), bersebelahan Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah (KK12).

“Untuk tempahan tikus mencit contohnya, kami akan mengambil masa 5 minggu untuk menyediakan tikus dewasa yang sesuai untuk penyelidikan. Tempoh ini termasuklah proses mengawan, kehamilan, kelahiran, dan pendewasaan,” kata ibu kepada empat cahaya mata ini.

Walaupun bergelumang dengan haiwan yang selalunya dikaitkan dengan kekotoran pada setiap hari, namun Puan Noor Zarina tetap tenang melakukan tugasnya. “Tikus ini haiwan yang pembersih sebenarnya. Saya tidak pernah rasa terbeban memastikan persekitaran mereka berada pada tahap yang terbaik setiap hari, dengan memastikan sangkar mereka bersih dan makan minum mereka terjaga,” katanya lagi.

Hubungi beliau di noorzarina@um.edu.my untuk mengetahui lebih lanjut selok-belok kerjaya sebagai seorang juruteknologi makmal perubatan untuk unit haiwan makmal, ya? Jangan segan untuk berkunjung ke unit beliau jika ingin melihat proses pembiakan tikus makmal secara dekat.

Individu seperti Puan Noor Zarina memastikan penyelidik UM terus #ServingTheNation dan #ImpactingTheWorld

 Photos by Mohd. Yani Alias for PPP. Text by Nahrizul Adib Kadri

#UniversitiMalaya #ImpactingTheWorld

Last Update: Jul 13, 2022