corporate@um.edu.my +603-7967 7022               

UM'S FACULTY OF LANGUAGES AND LINGUISTICS & FACULTY OF DENTISTRY CELEBRATE GOLDEN JUBILEE

Universiti Malaya (UM)’s Faculty of Languages and Linguistics and Faculty of Dentistry celebrated their 50th anniversary with a Royal Golden Jubilee Dinner Celebration held at the Kuala Lumpur Convention Centre on 24th September 2022. 

The Royal Dinner was held as a symbolic event to commemorate the history of the establishment of both faculties in 1972 and was graced by the presence of His Royal Highness Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Chancellor of Universiti Malaya. Also present were Ambassadors and High Commissioners, UM’s Pro-Chancellors, members of the Board of Directors, Vice-Chancellor, as well as lecturers and alumni of both faculties.

The highlight of the event was the presentation of the Icon Award for both the Faculty of Languages and Linguistics and the Faculty of Dentistry by His Royal Highness Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

The recipient of the Icon Award for the Faculty of Dentistry was Emeritus Professor Dato' Dr. Hashim Yaacob, in recognition of his numerous achievements including serving as Vice-Chancellor at five universities - Universiti Malaya, the International College of Nursing, Kuala Lumpur Metropolitan University College, Quest International University, and Meritus University Malaysia. He also held the position of Deputy Vice-Chancellor (Student Affairs) in 2001-2003, and Dean of the Faculty of Dentistry at Universiti Malaya in 1987-1989 and 1994-2001. Apart from that, he is a fellow of the Royal College of Surgeons of England, Fellow of the Royal College of Pathologist of United Kingdom, Foundation Fellow of the Royal College of Pathologists of Australasia, Fellow of the Malaysian Academy of Sciences, and Chartered Member of the Institute of Biology, United Kingdom. 

His deep interest in the field of art and literature resulted in the publication of five poetry anthologies namely Air Penawar Sekacang Kelat, Air Manik Astagina, Misi Tanah Serendah Sekebun Bunga and Aku Hanya Mahu Ke Seberang (which won the Malaysian Premier Literature Prize in 2001/2002). He is also a painter and Dalang Wayang Kulit.

The Icon Award for the Faculty of Languages and Linguistics was presented to Emeritus Professor Dato’ Dr. Hjh. Asmah binti Haji Omar, the founder of UM’s Language Centre, which is now known as the Faculty of Languages and Linguistics. She received her Doctorate from the University of London in the field of 'General Linguistics' and was the Director of the Language Centre since its establishment in 1972 until 1995, following which she became the Dean of the Faculty of Languages and Linguistics from 1995 until 2000. 

In 2000, she was awarded the Emeritus Professor title by Universiti Malaya for her significant contributions in the field of linguistics in Malaysia. She is also an expert in Malay language and a well-known figure in the field of language planning. Apart from her career as an academic, she is also known as a prolific writer in the field of Malay grammar and Malay language planning. Her main research area includes the description of Aslian languages, particularly Kentakbong (Baling, Kedah) and Mah Meri (Sepang, Selangor) as well as sociolinguistics, ethnolinguistics, and historical linguistics of the Malay World.

Her research extends to the indigenous languages in Sabah and Sarawak, publishing many research papers about these languages including “The Iban Language of Sarawak: A Grammatical Description”, a doctoral thesis submitted to the University of London in 1969 and published by Dewan Bahasa dan Pustaka in 1981, as well as “The Malay Peoples of Malaysia and Their Languages”.
 

-----

FAKULTI BAHASA & LINGUISTIK DAN FAKULTI PERGIGIAN, UNIVERSITI MALAYA SAMBUT ULANG TAHUN JUBLI EMAS

Fakulti Bahasa & Linguistik dan Fakulti Pergigian  dengan julung kalinya menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-50. Majlis Santapan Malam Diraja Sempena Sambutan Jubli Emas Fakulti Bahasa & Linguistik dan Fakulti Pergigian, Universiti Malaya tersebut telah diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur yang dihadiri oleh tetamu khas, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Canselor Universiti Malaya.

Majlis Santapan Malam Diraja tersebut diadakan sebagai satu simbolik kepada Universiti Malaya bagi mengenang sejarah penubuhan Fakulti Bahasa dan Linguistik dan Fakulti Pergigian yang bermula pada tahun 1972 di Universiti Malaya.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah beberapa Duta di Malaysia, Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaya, Naib Canselor Universiti Malaya, pensyarah dan alumni bagi kedua-dua fakulti iaitu Fakulti Bahasa dan Linguistik & Fakulti Pergigian.

Acara kemuncak majlis ini adalah penyampaian Anugerah Ikon untuk Fakulti Bahasa dan Linguistik & Fakulti Pergigian yang mana anugerah tersebut akan disampaikan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Canselor Universiti.

Penerima Anugerah Ikon bagi Fakulti Pergigian adalah YBhg. Kapten Dato' Profesor Emeritus Dr. Hashim Yaacob. Pemilihan YBhg. Kapten Dato' Profesor Emeritus Dr. Hashim Yaacob sebagai penerima Anugerah Ikon ini adalah setelah mengambil kira pencapaian dan kedudukannya berbanding calon-calon yang lain yang pernah berkhidmat di Fakulti Pergigian. YBhg. Kapten Dato' Profesor Emeritus Dr. Hashim Yaacob pernah menjawat jawatan sebagai Naib Canselor di lima buat universiti iaitu Universiti Malaya, International College of Nursing, Kuala Lumpur Metropolitan University College, Quest International University Perak dan Meritus University Malaysia.

Beliau juga pernah menjawat jawatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Universiti Malaya dan juga pernah memegang jawatan sebagai Dekan Fakulti Pergigian, Universiti Malaya pada tahun 1987-1989, dan 1994-2001.

Selain daripada itu, beliau adalah felo Royal College of Surgeons of England, Felo Royal College of Pathologist of United Kingdom, Felo Pengasas Australasian Royal College of Pathologist of Australia, Felo Akademi Sains Malaysia, Chartered Member Institute of Biology United Kingdom. Minatnya yang mendalam dalam bidang sastera dan seni telah dimanfaatkan melalui penerbitan lima buah antologi puisi iaitu Air Penawar Sekacang Kelat, Air Manik Astagina, Misi Tanah Serendah Sekebun Bunga dan Aku Hanya Mahu Ke Seberang (memenangi hadiah Sastera Perdana Malaysia tahun 2001/2002) Beliau adalah juga seorang pelukis dan Dalang Wayang Kulit.

Manakala penerima Anugerah Ikon Fakulti Bahasa dan Linguistik pula ialah Profesor Emeritus Dato’ Dr. Hjh. Asmah binti Haji Omar. Beliau merupakan pengasas Pusat Bahasa Universiti Malaya yang mana hari ini dikenali sebagai Fakulti Bahasa dan Linguistik. Beliau pernah menyandang jawatan sebagai Pengarah Pusat Bahasa dari tahun pertama penubuhan iaitu 1972 sehingga 1995 dan jawatan dekan Fakulti Bahasa dan Linguistik dari tahun 1995 sehingga 2000. Beliau menerima Ijazah Kedoktoran dari University of London dalam bidang 'General Linguistics'.

Pada tahun 2000, Dato' Prof. Dr. Hjh Asmah menerima anugerah gelaran Doktor Persuratan dari Universiti Malaya kerana sumbangannya yang amat besar dalam bidang kesarjanaan ilmu linguistik di Malaysia. Beliau juga merupakan pakar nahu Bahasa Melayu dan tokoh terkenal dalam bidang perancangan bahasa serta Profesor Kerusi Tamadun Melayu Za’ba   dan Pengarah Institut Tamadun Melayu di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.

Selain daripada kerjayanya sebagai ahli akademik, beliau juga terkenal sebagai penulis prolifik dalam bidang tatabahasa Melayu dan perancangan bahasa Melayu. Penyelidikan utamanya termasuklah huraian bahasa-bahasa Aslian, khususnya bahasa Kentakbong (BalingKedah) dan bahasa Mah Meri (SepangSelangor) serta sosiolinguistiketnolinguistik, dan linguistik sejarah Dunia Melayu.

Bagaimanapun, bidang penyelidikannya tidak terhad kepada Semenanjung Malaysia. Beliau juga menjalankan banyak penyelidikan tentang bahasa-bahasa orang asli di Sabah dan Sarawak. Beliau telah menerbitkan banyak makalah tentang bahasa-bahasa tersebut tetapi dua pencapaiannya yang terutama daripada segi ini merupakan  The Iban Language of Sarawak: A Grammatical Description (Bahasa Iban Sarawak: Huraian Kenahuan), merupakan sebuah tesis kedoktoran yang diserahkan kepada University of London pada tahun 1969 dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1981 dan The Malay Peoples of Malaysia and Their Languages (Orang Melayu Malaysia dan Bahasa-bahasanya).

Last Update: Oct 11, 2022