Universiti Malaya (UM) rises to 65th rank in the Quacquarelli Symonds World University Rankings (QS-WUR) 2024, an improvement of 5 places from the previous year. UM is placed within the top 5% of the 1,503 institutions ranked by QS and remains the best of the 28 ranked Malaysian universities, and third in Southeast Asia.
Universiti Malaya’s achievement is due, in large part, to its recognition amongst academics and employers. UM’s ranks for QS’s reputational indicators, i.e., Employer Reputation (34th, increases by 1 place), and Academic Reputation (68th, increases by 2 places) highlight UM’s excellent reputation among the world’s employers and academics. Locally, UM is the top Malaysian university for Employer Reputation, Academic Reputation, Employment Outcomes, International Research Network and Sustainability.
Universiti Malaya’s Vice-Chancellor, Professor Dato’ Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor, is pleased that UM has advanced to the 65th rank overall in the QS-WUR 2024 and views the upward trajectory as evidence of UM’s continued commitment to serving the nation and impacting the world. He also highlighted that UM recorded a huge improvement in International Faculty, International Students and Faculty Student Ratio. However, he expressed confidence in UM’s ability to address any shortcomings as there is still much room for improvement.
“Despite experiencing a downward trend in recent years, we have successfully bounced back and we are working to improve research publication impact and have identified factors that need immediate attention. We are focusing on redoubling our research productivity by the provision of more research grants. Efforts to maintain and upgrade facilities is ongoing, as well as on securing the employment of good postdoctoral fellows and researchers, which will contribute to high-impact research,” said Professor Dato’ Hamdi.
The Vice-Chancellor congratulated the 28 Malaysian institutions featured in this year’s rankings and thanked the Ministry of Higher Education of Malaysia for the support and leadership that has enabled Malaysia to garner increasing recognition on the global stage.
“I would like to thank the University community - staff and students, as well as our partners and collaborators for their commitment and contribution. My sincerest gratitude goes to the Chancellor, Pro-Chancellors, and Board of Directors of Universiti Malaya for their strong support. UM will continue to strive to push the boundaries of knowledge and nurture aspiring leaders,” said Professor Dato’ Hamdi.
-------------------------------------------------
UNIVERSITI MALAYA KINI DI RANKING KE-65 DUNIA DAN TEMPAT KE-34 DALAM REPUTASI MAJIKAN
Universiti Malaya (UM) kini berada di kedudukan ke-65 dalam Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2024, naik lima anak tangga berbanding tahun lalu. UM berada di kedudukan 5% teratas daripada 1,503 institusi yang disenaraikan QS dan kekal sebagai universiti terbaik dari 28 universiti Malaysia yang tersenarai, serta ketiga di Asia Tenggara.
Pengiktirafan akademik dan majikan menyumbang kepada peningkatan prestasi UM dengan Reputasi Akademik naik 2 tempat di kedudukan ke-68 dan Reputasi Majikan naik 1 tempat di kedudukan ke-34 melalui petunjuk reputasi QS. Kedudukan ini menonjolkan reputasi UM yang cemerlang dalam kalangan akademik dan majikan dunia. UM adalah universiti terbaik di Malaysia dalam reputasi akademik dan majikan, hasil pekerjaan, rangkaian penyelidikan antarabangsa dan kelestarian.
Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor Dato’ Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor, menzahirkan rasa gembira atas peningkatan kedudukan UM di tangga ke-65 dalam QS-WUR 2024 dan menganggap ia sebagai bukti komitmen berterusan UM dalam berbakti kepada negara dan memberi impak pada dunia. Beliau juga menekankan bahawa UM mencatat peningkatan besar dalam Fakulti Antarabangsa, Pelajar Antarabangsa, dan Nisbah Pelajar Fakulti. Walau bagaimanapun, masih banyak ruang untuk penambahbaikan dan beliau yakin UM berupaya untuk menangani sebarang kekurangan.
"Walaupun mengalami penurunan ranking dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kami telah berjaya bangkit semula dan UM sedang berusaha untuk meningkatkan impak penerbitan penyelidikan dan telah mengenal pasti faktor-faktor yang memerlukan perhatian segera. Kami memberi tumpuan untuk menggandakan produktiviti penyelidikan dengan penyediaan lebih banyak geran. Usaha untuk mengekalkan dan menaik taraf kemudahan kampus sedang giat dijalankan, serta jaminan pekerjaan yang baik untuk felo dan penyelidik pasca-doktoral, yang akan menyumbang kepada penyelidikan berimpak tinggi," tambah beliau.
Naib Canselor juga mengambil peluang mengucapkan tahniah kepada 28 institusi Malaysia yang tersenarai dalam kedudukan carta tahun ini serta mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia atas sokongan dan kepimpinan yang membolehkan Malaysia mendapat pengiktirafan yang tinggi di peringkat global.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada komuniti kampus - kakitangan dan pelajar, serta rakan kongsi dan kolaborator kami atas komitmen dan sumbangan mereka. Penghargaan ikhlas saya ucapkan kepada Canselor, Pro-Canselor, dan Lembaga Pengarah Universiti Malaya atas sokongan padu mereka. UM akan terus berusaha untuk meneroka sempadan pengetahuan dan memupuk pemimpin yang bercita-cita tinggi." kata Profesor Dato' Hamdi.