corporate@um.edu.my                   

Events & Highlights

Home > News Highlights >Event Details

HARI AKADEMIA PERLU JADI BUDAYA HARGAI ILMU DAN WARGA AKADEMIA - ZAMBRY

05 Oct 2026

Hari Akademia perlu diraikan dengan lebih besar sebagai wadah menghargai jasa pensyarah, penyelidik, ilmuwan dan seluruh warga akademia yang berperanan mendidik generasi, mengembangkan ilmu serta membina masa depan negara. Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kekuatan Kredit: FB Zambry Abd. Kadir sebenar sistem pendidikan tinggi negara terletak pada warga akademia yang menjadi penggerak kepada kejayaan mahasiswa, penyelidikan, inovasi dan pencapaian institusi di peringkat antarabangsa.

“Negara menjadi hebat apabila ilmu dimuliakan dan orang yang mengembangkan ilmu dihargai. Dalam mengejar kemajuan teknologi, termasuk kecerdasan buatan (AI) yang berkembang begitu pantas, jangan sesekali kita mengetepikan ilmu dan kebijaksanaan para murabbi, ” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini. Beliau berkata warga akademia bukan sahaja menyampaikan ilmu, malah membimbing masyarakat untuk berfikir, menilai serta membentuk adab dalam penggunaan ilmu, khususnya ketika perkembangan teknologi berlaku dengan begitu pesat.

Zambry berkata selepas hampir tiga tahun menerajui Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), beliau semakin yakin bahawa pencapaian sektor pendidikan tinggi banyak bergantung kepada insan yang menghidupkan ekosistem tersebut. Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya Hari Akademia yang disambut pada 5 Okt diberikan wajah dan semangat yang lebih besar dengan sambutan yang lebih meriah di universiti, politeknik dan kolej komuniti.

“Bukan sekadar satu acara tahunan, tetapi menjadi budaya menghargai ilmu dan mereka yang mengabdikan kehidupan kepada ilmu, ” katanya. Terdahulu, Zambry hadir pada sambutan Hari dan Bulan Akademia Peringkat Kebangsaan 2026 di Universiti Malaya. -- BERNAMA

Berita selanjutnya : https://www.bernama.com/radio/news.php?id=2615877

Last Update: Oct 07, 2026