corporate@um.edu.my +603-7967 7022               

ANUGERAH CEMERLANG UNIVERSITI MALAYA (ACUM)

Tuanku Canselor Universiti Malaya, DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah berkenan menganugerahkan Anugerah Cemerlang Universiti Malaya (ACUM) kepada staf akademik, Eksekutif, staf operasi  Universiti Malaya dan juga rakan – rakan korporat Universiti Malaya. 

Anugerah Cemerlang Universiti Malaya (ACUM) merupakan anugerah tahunan yang diadakan untuk memberi penghargaan kepada staf cemerlang Universiti Malaya (UM) dan juga kepada badan-badan korporat bagi menyanjung dan menghargai sumbangan mereka kepada UM.

Tahun 2023 merupakan tahun ke-11 penganjuran ACUM. Seiring dengan temanya, “Pencetus Kecemerlangan”, sebanyak 52 kategori telah dibuka untuk pencalonan kepada semua warga UM dan 56 individu/pusat penyelidikan/badan korporat telah dipilih sebagai penerima Anugerah Cemerlang Universiti Malaya ini.

Tuanku Canselor UM, DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah berkenan untuk berangkat ke majlis tersebut.

Antara penerima anugerah adalah Profesor Ir. Dr. Abdul Aziz Abdul Raman yang dinobatkan sebagai Tokoh Akademik bagi tahun 2022, YBhg. Tan Sri Azman Hashim sebagai Penyumbang Legasi Sepanjang Hayat, YBhg. Tan Sri Dato’ K. Kumaran, ETIQA dan BONIA sebagai Penyumbang Berimpak Tinggi dan Profesor Dr. Sazaly Abu Bakar sebagai penerima bagi Anugerah Khas (Staf Akademik). 

Senarai penuh penerima anugerah seperti di bawah : 

 

Last Update: Jan 02, 2024