Apabila kita berbicara tentang kecemerlangan penyelidikan, perkara pertama yang sering terlintas di fikiran adalah penerbitan berimpak tinggi, jumlah geran, sitasi, dan kedudukan ranking global. Namun, di sebalik setiap kejayaan yang hebat, wujud sebuah ekosistem makmal yang berfungsi dengan baik, peralatan yang sentiasa dijaga rapi, prosedur keselamatan yang dipatuhi, serta dedikasi luar biasa daripada warga makmal yang bekerja tanpa jemu.
Pada 20 Ogos 2026 bertempat di KPPI, Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman, telah merasmikan majlis penutupan Laboratory Management & Scientific Conference (LMSC) 2026 serta meluncurkan inisiatif baharu yang amat signifikan iaitu Inisiatif Penarafan Makmal Universiti Malaya (UM Lab STAR).
The program primarily targets secondary school students and teachers involved in STEM activities. Through interactive sessions conducted in university and school laboratories, participants will be guided by academics and scientists from Universiti Malaya to explore the connections between chemistry, biology, the environment and product development.
Persidangan LMSC 2026 ini melakar sejarah tersendiri apabila berjaya menghimpunkan 300 orang para Pembantu Makmal, Penolong Pegawai Sains, Pegawai Sains, Pengurus, serta kepimpinan Universiti dalam satu wadah bersama. Penyertaaan sebanyak 70 poster dan 47 artikel yang merangkumi 4 topik utama iaitu Pengurusan Peralatan, Pengurusan Makmal, Pengurusan Kualiti dan Pengurusan Keselamatan. Sebanyak 4 kategori telah dipertandingkan dan proses pemilihan pemenang telah diadili oleh seramai 30 juri yang mempunyai kepakaran di dalam bidang yang berkaitan dari dalam dan luar Universiti Malaya. Seluruh warga makmal adalah sebahagian daripada nadi kecemerlangan penyelidikan Universiti Malaya. Walaupun nama mereka jarang terpampang di halaman hadapan sesebuah penemuan, tangan, kepakaran,dan ketelitian merekalah yang membolehkan penemuan sains tersebut berlaku.
Inisiatif Penarafan UM Lab STAR ialah mekanisme penilaian berpusat dan berasaskan data yang mengukur, mengiktiraf, serta mengoptimumkan kualiti pengurusan dan pengoperasian makmal universiti secara menyeluruh. Inisiatif UM Lab STAR bukanlah sebagai satu lagi sistem audit yang membebankan, melainkan satu instrumen penting untuk kita mengenali kekuatan, memperbaiki kelemahan, serta mengangkat standard makmal secara bersama. Terdapat 10 elemen Penilaian Penarafan Makmal yang akan diaudit melibatkan 920 buah makmal berlainan kategori akan dilaksanakan bermula September 2026 dengan sasaran pencapaian 100 % (920 makmal) penarafan 6 bintang sehingga 2030. Namun, ukuran kejayaan UM Lab STAR bukanlah terletak pada berapa banyak bintang yang diletakkan pada pintu sesebuah makmal, tetapi apa yang benar-benar berubah di sebalik pintu tersebut-sama ada ia menjadi lebih selamat, cekap, tersusun, optimum penggunaan aset serta menghasilkan kualiti penyelidikan yang lebih tinggi.
LMSC 2026 melabuhkan tirainya, namun perjalanan UM Lab STAR ke arah membina makmal bertaraf dunia yang berjiwa kecemerlangan baru sahaja bermula.
"Saya mahu kita bergerak daripada budaya compliance kepada budaya excellence; daripada melakukan sesuatu kerana akan diperiksa, kepada melakukan perkara yang betul walaupun tiada siapa memeriksa” - Prof. Dato’ Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman.
#UniversitiMalaya #LMSC2026 #UMLabSTAR #SkimC
