corporate@um.edu.my +603-7967 7022               

People@UM Mohd. Ali Ahmad

People@UM — Mohd. Ali Ahmad

“Saya bangga bertugas selama 20 tahun di sini kerana hanya beberapa orang sahaja di seluruh negara yang mempunyai pengalaman seperti saya,” kata Encik Mohd. Ali Ahmad, Pembantu Kemahiran H19 di Muzium Patologi, Jabatan Patologi, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya.

“Selain menyedia dan menyelenggara kotak spesimen yang asalnya merupakan organ tubuh manusia, saya juga memberi penerangan kepada kanak-kanak sekolah yang datang melawat muzium,” kata ayah kepada empat orang cahaya mata ini. 

Muzium Patologi UM merupakan repositori spesimen patologi terbesar di Asia Tenggara, dan masih menyimpan spesimen dari seawal tahun 1960an. 

Tanpa individu seperti Encik Mohd. Ali yang juga merupakan penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada 2010, UM tidak akan mampu untuk #ServingTheNation dan #ImpactingTheWorld

"Maklumkan pada kawan-kawan untuk hubungi saya jika ingin melawat muzium, ya? Nanti saya kongsikan kisah-kisah menarik semasa bertugas, termasuklah yang mistik," kata lelaki yang berasal dari Air Hitam, Muar ini sambil tersenyum.

                                                                 

📸 Mohd. Yani Alias / PPP

Last Update: Jul 04, 2022