corporate@um.edu.my +603-7967 7022               

Qurban Jamaie 2022

QURBAN JAMAIE 2022

Kemeriahan sambutan Hari Raya Korban dirasai pelajar dan warga kampus apabila Yayasan Azman Hashim telah bermurah hati menyumbangkan sebanyak 10 ekor lembu untuk dijadikan korban pada satu acara Qurban Jamaie yang berlangsung di Akademi Pengajian Islam semalam.

Naib Canselor, Universiti Malaya, Profesor Dato' Dr. Ir. Mohd Hamdi Abd. Shukor dalam ucapan perasmian berkata beliau sangat menghargai sumbangan yang diberikan oleh Yayasan Azman Hashim dan mengucapkan terima kasih kepada sukarelawan yang hadir.

Antara yang menerima agihan daging korban adalah seramai 600 orang staf universiti yang layak.

#ServingTheNation

#ImpactingTheWorld

Last Update: Jul 15, 2022