corporate@um.edu.my +603-7967 7022               

UNIVERSITI MALAYA RESEARCHER REPRESENTS MALAYSIA FOR THE FULBRIGHT VISITING GRADUATE PROGRAM TO THE UNITED STATES OF AMERICA

UNIVERSITI MALAYA RESEARCHER REPRESENTS MALAYSIA FOR THE FULBRIGHT VISITING GRADUATE PROGRAM TO THE UNITED STATES OF AMERICA

Universiti Malaya’s (UM) Biomass Science Researcher, Dr. Zul Ilham Bin Zulkiflee Lubes, an Associate Professor at the Institute of Biological Sciences, Faculty of Science, was selected with nine other recipients this year to represent each’s areas of research as the Fulbright Visiting Scholars, one of the programs under the Fulbright International Programs which receives funding from the United States State Department. Through this award, researchers will conduct research, teaching as well as diplomatic activities at renowned US universities or research centres for six months. This program is not limited to academics but also involves professionals such as architects, medical doctors and diplomats.  

Dr. Zul Ilham will conduct his research at Cornell University, an Ivy League university situated at New York, on biomass applications for beneficial biomaterial as well as issues relating to energy sustainability and environment. Other recipients include Aira Nur Ariana Azhari from the Institute for Democracy and

Economic Affairs (IDEAS) an Ar. Anand Krishnan who will go to the New York State Albany University and Brown University respectively.

Dr. Zul Ilham in a statement, thanked the Fulbright committee members for awarding this opportunity to him. This is a great chance to highlight Universiti Malaya and Malaysia as a hub for quality research collaborations. He also hoped that the outcome of this program may contribute towards increasing cooperation between Malaysia, ASEAN members, and the United States of America in various other areas.

Pemilihan beliau dan para penerima lain sebagai Sarjana Pelawat Fulbright ini kelak turut menjadikan beliau sebagai alumni kepada para peserta Program Fullbright di seluruh dunia yang berjumlah melebihi 400,000 orang termasuk sebanyak 120,00 orang dari Amerika Syarikat sendiri. Kebanyakkan daripada mereka juga telah dan masih memberikan sumbangan yang signifikan kepada bidang sains, ekonomi, pendidikan dan keselamatan, di mana jua mereka berada.

The selection of Dr. Zul Ilham as one of the Fulbright Visiting Scholars will also make him an alumni of the Fulbright Program around the world who number more than 400,000 people including as many as 120,00 people from the United States itself. Most of them have also made and still make significant contributions to the fields of science, economics, education and security.

--------------------------------------

PENYELIDIK UNIVERSITI MALAYA WAKILI MALAYSIA UNTUK PROGRAM SARJANA PELAWAT FULBRIGHT KE AMERIKA SYARIKAT

Penyelidik Sains Biojisim Universiti Malaya (UM), Dr. Zul Ilham Bin Zulkiflee Lubes, Profesor Madya di Institut Sains Biologi, Fakulti Sains telah terpilih bersama sembilan penerima lain tahun ini yang mewakili bidang masing-masing untuk terpilih menjadi Sarjana Pelawat Fulbright (Fulbright Visiting Scholars) yang merupakan salah satu program di bawah Program Fulbright Antarabangsa yang mendapat tajaan Jabatan Negara Amerika Syarikat (US Department of State). Melalui tajaan ini, para penyelidik bakal menjalankan penyelidikan, pengajaran serta aktiviti diplomasi di universiti atau pusat penyelidikan terkemuka di Amerika Syarikat (AS) selama 6 bulan. Program ini bukan hanya terhad untuk ahli akademik sahaja malah turut melibatkan golongan profesional lain seperti arkitek, doktor perubatan dan diplomat.

Program Fulbright ini telah diasaskan oleh Senator Amerika Syarikat, J. Wililam Fulbright pada 1946 mendapat tajaan dana dari Jabatan Negara Amerika Syarikat dengan kerjasama kerajaan negara-negara yang terlibat. Penubuhannya bertujuan untuk meningkatkan persefahaman diantara rakyat Amerika dan masyarakat dunia dengan menggunakan platform program pertukaran pendidikan.

Setiap calon yang terpilih mewakili negara ini, perlulah terlebih dahulu perlu menghantar permohonan mereka kepada pihak Fulbright bersama kertas cadangan projek penyelidikan masing-masing yang memfokuskan kepada isu-isu yang melibatkan hubungan Amerika Syarikat dan Malaysia. Saringan ketat dibuat kepada setiap permohonan oleh ahli panel yang terdiri daripada profesor terkemuka, para pegawai Kedutaan AS, Malaysian American Commission on Educational Exchange (MACEE), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan ASEAN Secretariat bagi memastikan hanya calon yang benar-benar cemerlang dapat dipilih. Calon yang telah disenarai pendek akan dipanjangkan kepada J. William Fulbright Foreign Scholarship Board yang berpangkalan di Washington D.C. untuk pertimbangan akhir.

Pengumuman rasmi senarai Sarjana Pelawat Fulbright yang terpilih ini dibuat oleh MACEE dan Kedutaan AS dalam satu majlis makan malam bersama para penerima yang dirasmikan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Brian McFeeters di ibu negara baru-baru ini.

Prof. Madya Dr. Zul Ilham daripada Universiti Malaya akan menjalankan penyelidikan beliau di Universiti Cornell, sebuah university Ivy League di New York dalam bidang penggunaan biojisim untuk penghasilan biobahan bermanfaat dan isu-isu berkaitan kelestarian tenaga dan alam sekitar. Antara penerima lain bagi tahun ini ialah Aira Nur Ariana Azhari daripada Institut Demokrasi dan Hal Ekonomi (IDEAS) dan Ar. Anand Krishnan yang masing-masing akan ke Universiti New York State Albany dan Universiti Brown.

Dalam kenyataan beliau, Dr. Zul Ilham mengucapkan terima kasih kepada pihak Fulbright kerana memberi peluang kepada beliau untuk terpilih menjadi penerima penajaan ini. Ini adalah satu peluang yang baik untuk membawa nama Universiti Malaya dan Malaysia melalui kerjasama penyelidikan berkualiti dan hasilnya diharapkan nanti bakal berguna untuk meningkatkan lagi kerjasama Malaysia, negara serantau ASEAN serta Amerika Syarikat dalam pelbagai bidang selepas ini.

Pemilihan beliau dan para penerima lain sebagai Sarjana Pelawat Fulbright ini kelak turut menjadikan beliau sebagai alumni kepada para peserta Program Fullbright di seluruh dunia yang berjumlah melebihi 400,000 orang termasuk sebanyak 120,00 orang dari Amerika Syarikat sendiri. Kebanyakkan daripada mereka juga telah dan masih memberikan sumbangan yang signifikan kepada bidang sains, ekonomi, pendidikan dan keselamatan, di mana jua mereka berada.

Last Update: Sep 19, 2022